Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

25 Feb 2013

Pengguna Highway Ipoh-Lumut Mohon Berhati-hati

Assalamualaikum..

Hai semua, siang tadi aku ada post pasal Permulaan Minggu Yang Tidak Sempurna. Okey, memang hari ni aku sungguh-sungguh terlambat. tapi aku punya alasan yang kukuh kenapa hari ni aku lambat a.k.a terlambat untuk punchcard tu. Betul-betul tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Hampir 45minit aku tersangkut betul-betul kat pekan Ayer Tawar tu. Jammed! Eh, kukuh sangat ke alasan aku tu.

Okey, sebenarnya pagi tadi ada kemalangan yang melibatkan motor dan lori besar. Aku tak tahu lah teruk tak teruknya kemalangan tu. Tapi yang pasti aku nampak motor tu ada dibawah tayar lori besar gedabak tu betul-betul kat tengah lampu isyarat pekan tu. Then aku nampak banyak darah kat situ. Hidup mati mereka yang terlibat dalam kemalangan tu wallahualam.. Aku tak tahu tentang tu.

Entri ni aku bukan nak cerita tentang kemalangan yang jadi pagi tadi. Cuma nak ingat mengingati sesama kita ---> tolonglah berhati-hati dijalan raya. Kadang-kadang bila kita berhati-hati tetapi orang sekeliling yang cuai pun boleh memudaratkan. Errmm, tergerak hati nak post pasal ni.
Jalan Ipoh-Lumut yang aku lalui hari-hari ni makin hari kereta makin banyak dan semuanya makin laju. Deras meluncur laju. Sungguh, sebab aku bercakap based on my experience. Aku sendiri pun memang bawak kereta laju-laju setiap pagi. Siap potong memotong lagi. Betul, kadang-kadang tekan sampai 130kph pun relax je. Macam dah biasa je kami-kami yang lalu jalan tu pagi-pagi ni.

Sebenarnya laluan Ipoh-Lumut tu seringkali berlakunya kemalangan. Terutama kawasan pekan Ayer Tawar yang sememangnya laluan yang sibuk. kiri-kanan memang sesak. Aku sendiri pun pernah ada pengalaman pahit 'Kisah malam Raya Aidiladha'  Jadi, aku betul-betul nak pesan kat mereka-mereka yang melalui jalan ni, tolong ye.. Hati-hati please.. Baru Jumaat lepas jadi kes yang serupa seperti kemalangan pagi tadi tetapi lebih dasyat sampai aku sendiri pun tak sanggup nak dengar apatah lagi nak tengok.

Akhir kata, mana-mana jalan pun sebenarnya tetap berisiko. Semua pun boleh je terjadi hal-hal begini. Tetapi, sekurang-kurangnya bila kita bersedia dan berjaga-jaga, sentiasa berkhemah dijalan raya, kebarangkalian untuk berlakunya sesuatu yang tak baik tu dapat dikurang dan dielakkan..
Awak jaga saya, saya jaga awak okey :) Ingatlah orang yang tersayang..


*maaf, takde gambar sebab aku takut nak bayangkan pe yang aku tengok pagi tadi..

14 comments:

  1. oh..aku tak jalan lagi kesana..

    cume pasni kemana2 pun berhati2 lah..

    malang tak berbau..
    tapi kentut bauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :)

    ReplyDelete
  2. wah wahhh baby pon bwk laju2 juga ker...mmm jgn la cmtu..nnti ade org babab kang...ehehe :)

    tp yer lah.hati2 d jln raya tau.sy sndri pon bwk kete xlaju2 sgt..paling tdk pon 100 je

    ReplyDelete
  3. highway tu remy pernah lalu...lurus aje kan.....

    ReplyDelete
  4. yup kena selalu hati2 walau dimana jua pun !

    ReplyDelete
  5. memang bahayalah kat situ kak..tambah area sebelum pusat memandu...kat trafic light situ...lori keluar masukkan...dari ladang2 kat situ...kalau yg lumut ke ipoh pulak betul2 bukit kat depan smka tu...semalam berapa bijik tersadai...tambah hujan2...

    ReplyDelete
  6. orang sekarang semua guna kereta...moto mana lagi dipandang...tu le jemm habis

    Tutorial Cara Hilangkan Navbar Di Blog Anda - ez Tutorials Blog
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/tutorial-cara-hilangkan-navbar-di-blog.html

    ReplyDelete
  7. Assalam, memang bahaya kalau kita cuai walaupun sedikit... maka kena hati2 kalau memandu BC... Biar lambat asal selamat...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum.

    That's right aima..kdg2, kita dah berhati2 tahap 200pratus pun..org lain pulak yg cuai,lalai.

    Bila agaknya dpt lihat senario pemanduan kat mlysia ni lebih berhemah dan selamat..

    ReplyDelete
  9. Malang tak berbau..
    berhati2 dijalanraya...

    Kalau kemalangan siapa yang susah..diri sendiri dan ahli keluarga gak..

    ReplyDelete
  10. mak ayah taa bagii bawakk kete . kitee hatyhaty bile berjalan kaki jea lhaa . !

    ReplyDelete
  11. betul tu, kdg2 bila kita berhati-hati org lain plak yg cuai kan..sye pegi keja naek scoot, kdg2 takot jgk kn sbb asyik dgr byk kes kt jlnraya ni, tp kuatkan semangat jgk n yg penting sentiasa fokus dan berhati-hati.. :) baby take care too k.

    ReplyDelete
  12. hmmm...semoga semua pemandu malaysia kita ni berhati2...biar punch card merah jgn jalan jadi merah...

    ReplyDelete
  13. haaa xpe la entry ni takde gambar pun..at least boleh dibaca and ada idea nak komen..hehehe

    pernah baca kat mana ntah, dia tulis camni: orang Malaysia memang bersopan santun, kecuali kat atas jalanraya..>"<

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih