Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

13 Feb 2013

Melaka Bandaraya Bersejarah - Muar Bandar Maharani

Assalamualaikum..

Okey, sebenarnya entri ni sepatutnya dipublish 2 minggu yang lepas saat kaki ku berpijak dibumi Melaka dan Johor tempoh hari (dah taip tapi tinggal & sekarang terpaksa edit pulak).. Aku ke sana bersebab tau. Ingat senang ke dari utara ni nak ke selatan sana tu. Perjalanan yang sangat meletihkan. Walaupun bukan aku yang drive tapi yang duduk saje-saje ni yang lebih penat tau :)

yang ni aku copy dr google

Akhirnya, aku kembali ke Melaka setelah beberapa tahun meninggalkan tanah Melaka Bandaraya Bersejarah. Serius aku rasa dah banyak sangat perubahan. Pernah berada di Melaka selama hampir 3 tahun dulu dan benda pertama yang aku komen pasal Melaka adalah "banyaknya traffic light kat Melaka ni" Sungguh kejap-kejap kena berhenti sebab lampu merah. Jalan sikit kat depan berhenti lagi. Banyak nau lampu isyarat dia tu. Tapi satu je yang aku puji dengan orang Melaka ni, sangat berhemah kat jalan raya. Sentiasa bagi jalan walaupun bersesak-sesak. Eh-eh tu yang aku nampak dan aku rasa la sepanjang aku berada kat Melaka dalam sehari tu.

Pastu Melaka sangat mesra sebab setiap jalan mesti ada papan tanda walaupun sekadar jalan atau lorong masuk kampung, Kiranya kalau berada kat Melaka tu confirm takkan sesat la. Cewahh, kemain aku bercakap kan. Memang patut begitu kan, sebabnya banyak pelancong yang datang ke Melaka ni.

Yang paling aku suka bila ke Melaka ni dah tentu-tentulah bersantap ikan bakar kat Umbai. Pasti takkan melepaskan peluang makan kat situ. Yang kelakarnya kitorang memang tak pergi kedai lain balik-balik kedai yang sama. Owh, sedap pun sedap, harga pun memang berbaloi..

tak sempat nak snap gambar ikan bakar =)

Keesokkan harinya kitorang gerak ke Muar setelah bermalam kat kat Melaka. Muar Bandar Maharani, ekceli aku baru tahu je pun yang Muar ni bandar diRaja. Perjalanan ke Muar lancarlah jugak walaupun kenderaan banyak kat jalan.First time aku ke Muar ni. Haaa, sebenarnya aku ke Muar Johor sebab nak hantar kakak @ adik bongsu mendaftar masuk ke asrama. Naik tingkatan 4 ke Sekolah Sains Muar. Hebat sekolah tu, Sekolah Berprestasi Tinggi dan pengalaman pertama jugak aku ke Sekolah Sains Muar ni. Nii nak cerita sikit pengalaman kat sekolah baru kakak ni.

Firstly, sekolah tu memang sekolah lama. Bangunan pun memang lama. Then aku rasa unik sikit sebab kat tengah-tengah padang sekolah tu ada tanah perkuburan Islam bak kata pengetua kanan dia "Ada 3 padang. Padang B dan padang C tu yang akan budak-budak ni guna. Padang A yang kat tengah tu adalah padang akhirat -sebab tanah kubur"  Memang kena kuatlah kalau apa-apa pun. Ilmu iman amal inyaAllah takde pape. Aku suka betul dengan asrama adik aku ni walaupun luar nampak lama tapi dalam dorm memang semart sungguh.  Pengetua kanan dia memang kelakar sungguh, atau senang cakap memang loyar buruk la. Sempoi sungguh, aku suka hehehe,

cantik dan kemas je kan..

Sempat snap sebelum pulang ke utara 

Kepada adik-adik yang berada di tingkatan 4 tu, belajar rajin-rajin.. Ingat, form 4 bukan honeymoon time okey. Yang duduk asrama jangan nakal-nakal, kena sentiasa kuat. mesti patuh pada arahan kena berdisiplin. Yang penting jangan lari balik macam aku buat masa form 1 dulu (duduk asrama 3 minggu je) hehehehe..

Kepada orrang Melaka dan Muar, maaflah kalau ada tersalah tulis kat sini. Mohon betulkan ye.. Terima kasih, Selamat berkawan-kawan kita....

19 comments:

  1. lama dah rasanya tak pergi melaka..

    jemput joinn segmen..
    http://www.jeritpekik.my/2013/02/segmenblog-pilihan-februari.html

    ReplyDelete
  2. ada naik bot sungai melaka dan sungai muar tak? best juga pengalamannya..

    ReplyDelete
  3. lama tak ke melaka dan ke muar...

    ReplyDelete
  4. yg sekolah tu belum sampai bandar muar lg....tapi dgr cerita kubur tu lah tempat paling strategik nak menyelinap keluar time malam...haha

    ReplyDelete
  5. takpernah lagi ke melaka,sedeykan saya ni? :(

    ReplyDelete
  6. best ke melaka tapi tak best pergi masa cuti sekolah, penuh sesak orang.. bestnya food tu.. dahlah lum breakfast lagi ni...

    cantik bilik asrama tu, kemas giler...

    ReplyDelete
  7. Assalam, kompom tak akan sesat punya dekat Melaka kalau mcm tu... terbaiklah...

    ReplyDelete
  8. wasalam.. oh tujuan ke melaka nie sebab nak antar adik bongsu ke muar lah nie eh? aida lama dah tak pi melaka berdekad dah kot. hehe.. alahai sedapnya tengok makanan tu.. slurpp! Dorm dia sangat bersih eh.. jarang nak tengok asrama gitu.. moga2 adik bongsu baby comel berjaya disana :)

    ReplyDelete
  9. Selamat berjaya untuk adik ...
    Melaka memang penuh tarffic light..satu traffic light 99 saat..huhuhuhuh

    Lain kali datang melaka...roger-roger kat aku....
    Boleh awak belanja saya makan..hehehehe

    ReplyDelete
  10. dua bandar yg menjadi tempat MV tuju suatu ketika dahulu

    ReplyDelete
  11. mmg antara tempat2 yg menarik kat mesia ni luv melaka!

    ReplyDelete
  12. Lana cuti thn bru cina ritu, 1st time sampai melaka..

    betoi kate baby, banyak beno trafc ligthnye! (-_-)

    Tapi, adik dah ckp awl2, masuk je tol air keroh tu, dia kata, get ready kak tuk jem dgn trfc light yg bnyk..mmg bertabah masuk mlaka ritu,hehehe

    ReplyDelete
  13. dah lama tak ke Melaka...apatah lagi ke muar.... memang tak pernah sampai....

    ReplyDelete
  14. dah lama tak ke Melaka... muar bandar maharani ye.... tak tahu pula... hihihi...

    belajar rajin2 ye kakak... ^_^

    ReplyDelete
  15. bulan april nanti insyaALLAH jaa akan ke malaka... huwaa...bestnya.. x sabar jer rasa.... ~counting days... :P

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih