Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

4 Feb 2013

Konflik Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum..

Setia Hujung Nyawa..
Kawan-kawan semua pasti ada yang menonton drama bersiri ni kan.. Seriously, cerita ni bagiku sangat-sangat terkesan kat hati. Banyak pelajaran yang aku belajar pada setiap episod yang ditayangkan di kaca tv. Walaupun asasnya hanya adaptasi dari novel, tapi pembawakan Zain Hakimi & Ersalina berjaya buatkan aku cepat-cepat mahu balik rumah setiap Isnin hingga Khamis.. Tinggal 4 episod je lagi nak habis drama bersiri ni.. Owhh,

Zain dengan El comel =)

Sedih dan tersentuh hati aku tengok cerita ni. Yelah, kisah-kisah begini sebenarnya bukan hanya setakat dalam novel atau drama tv. Hakikatnya ia berlaku dalam kehidupan masyarakat ni. Betul tak kawan-kawan? Kes penganiayaan suami terhadap isteri, kes kahwin paksa demi menyelamatkan maruah keluarga atau pilihan keluarga, kes isteri tipu suami, suami main kayu tiga dan sebagainya.. Semua pun benar-benar terjadi.

Bagi mereka yang betul-betul berhadapan dengan perkara-perkara sebegini kita doakan moga ada cahaya dihujung sana. Allah menguji hamba-hamba yang disayangiNya. Redha lah kita andai kita orang yang dipilih Allah untuk melalui jalan berliku tu. Mungkin ada yang berkata, 'tak kena pada kau boleh la kau cakap camtu. cuba kena batang hidung sendiri'  Owhh, mintak-mintak dijauhkanlah.. Betul, berat mata memandang sungguh berat lagi bahu yang memikul.. Tapi teruskan berdoa, kerana percayalah keindahan tu pasti akan menyerah andai kita ikhlas dan terus tabah..

Okey, dalam drama ni konflik tercetus bila mana Zain mengetahui yang Ersalina keguguran walau tanpa pernah dia menyentuh isterinya tu. Ia terjadi disaat cinta sudah mula bertapak dalam hati mereka, itu yang paling sakit sebenarnya. Ego seorang suami pasti tercalar. Diri rasa dikhianati.. rasa tertipu, tertipu dengan kecantikan dan kecomelan dan kebaikan hati si isteri. Bila difikir-fikirkan balik, sebagai manusia biasa siapa yang mampu terima keadaan sebegitu kan..

Konflik antara Zain Hakimi dan El padaku sebenarnya boleh diselamatkan andai Zain belajar untuk memahami sebelum menghukum. Hubungan suami isteri yang sepatutnya menjadi rahsia berdua tapi diceritakan pada sahabat baik. Terlalu percaya sangat pada kawan tu lah padahnya. Silapnya sahabat baik si Hadi tu pulak mengambil kesempatan dia atas kesempitan akal si Zain tu. Benci betul aku dengan watak Hadi tu sedangkan dia adalah pelakon yang aku suka sangat dalam cerita Tanah Kubur-Astro Oasis dulu =) Seharusnya sahabat yang baik menasihati dan membimbing kita supaya buat keputusan sebaiknya.. Kawan baik membahagiakan kita bukan tikam kita dari belakang..

Okey, cukuplah dulu walaupun banyak lagi konflik yang terdampar dalam drama ni.. esok kita sambung lagi ye.. huhu, panjang betul dah ayat ku hari ni. Maaf ye kawan.
Lebih banyak konflik, lebih banyak pengajaran dalam cerita ni setakat ni.

~Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..



21 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu sampai Khamis..

    ReplyDelete
  2. waaa, cam best jer citer nih..hehe..jiwang jiwang tu yg malas nak tengok sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tengok petang nie, hehe..

    ReplyDelete
  4. x tengok.. jd x tahu nak komen citer ni.. huhuh

    ReplyDelete
  5. Tak follow ler cerita ini..heheheh

    ReplyDelete
  6. tp yg x best minggu ni minggu akhir..

    ReplyDelete
  7. laaa minggu ni dah last ke? baru nak start layan harini. adeh.

    ReplyDelete
  8. lalala, tak layan drama2 ni. haha pelik kan. tgok jugak. tu pun kalau time nak makan. :P

    ReplyDelete
  9. Assalam, makin best plak cite nie... tapi minggu nie dah habis...

    ReplyDelete
  10. adik ase nk beli novel dia la akak aima..hehe :)

    ReplyDelete
  11. setia sampai penghujung episod..hehe

    ReplyDelete
  12. x pernah tgk sbb tv dah lama rosak...huhu

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum BC....minggu akhir ni dah nak habis mesti tengok episod lastnya..:)

    ReplyDelete
  14. balik kerja mesti follow cerita ni..belonggok 5 6 org kat depn tv hihihi

    ReplyDelete
  15. bermakna, kalau awak rasa geram dengan watak tu, lakonan dia benar2 berjaya sebenarnya.ehehehe

    ReplyDelete
  16. Nasib BC cerita... sebenarnya OKje tengok gitu2 je sebelum ni... barulah tau cite dia serba sedikit hehe

    ReplyDelete
  17. Emm kalau tak dapat tengok cite ni sari rasa macam tak lengkap jer hidup..minggu ni minggu last..emm macam mana kesudahannya nanti..hehe

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih