Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

8 Feb 2013

Aku Kecewa

Assalamualaikum..


Salam Jumaat untuk semua. Pejam celik pejam celik kali ni -terasa masa saat & detik tu bergerak terlalu perlahan. Terasa lamanya nak menghabiskan setiap jam yang berlalu. Tapi bila hari berganti hari, 24 jam berlalu dengan kenangan terasa sayangnya hari-hari yang dilalui tu. Tampak sia-sia.. Yang pasti aku masih begini. Masih menderita menghitung hari-hari berlalu..

Tidak ada gambaran lain yang mampu ku coretkan.. Sesungguhnya diri terasa kesal, hati terasa bebal, jiwa rasa tertekan dengan apa yang dilalui.. Sakit, perit menusuk hati ku. Aku rasa kecewa dengan apa yang berlaku, kecewa dengan apa yang berlalu.. Menyesal? adalah jugak sedikit-sedikit & sedikit rasa kesal tu menapak di hati. Kesal kenapa aku pilih jalan ni dulu.. Andai dapat ku undurkan putaran dunia................ tentu aku pilih sesuatu yang akan membahagiakan ku.

Tapi, siapa aku untuk menidakkan semua ni. Allah dah pilih aku untuk melalui jalan berliku ni. Bersyukur? Ku telan air liur berulang kali. Perit, terasa pasir.. Ku cuba untuk tersenyum.. dan senyman itu tetap terukir walaupun ianya tidak seindah kamu. Ku fikir senyum itu tanda aku rebah dengan ujiannya.. tanda aku berserah, Moga penyerahan itu berterusan.. Amin,
The Truth is.. I'm okey
 

20 comments:

  1. Kecewa adalah satu farsa yang menjadikan diri seseorang itu lebih matang...

    ReplyDelete
  2. Apa yang berlaku tu mesti ada hikmah di sebaliknya.

    Bersabarlah menghadapi semua ni.

    ReplyDelete
  3. salam baby aima :)

    sebagai manusia yg waras tentu kita melalui pelbagai emosi dlm kehidupan...begitulah kehidupan yg baik jadikan tauladan yg buruk kita ambil sbg pengajaran :)

    ReplyDelete
  4. salam kakak ! orang yg hebad tuee apabila dea mampu trsenyum wlaupon haty dea mnggis . so , jadi lhaa orgg yg hebad wlaupon sakit ! okehh ?

    ReplyDelete
  5. bersabarlah dengan ujian yang melanda

    ReplyDelete
  6. tertarik dgn komen si ayie tu...betul skali apa yg dikatanya. sabar dan bertabah. mungkin ada ssuatu hikmah di sebalik ssuatu kejadian tu..

    ReplyDelete
  7. semoga tabah! :) walaupun,

    "beginilaaa aku cuba berdiri dengan tabah sedangkan luka di hati teramat parah " :)

    ReplyDelete
  8. Bersabarlah dan sentiasa redha dengan apa yang berlaku. Pasti ada ganjaranya kelak.

    ReplyDelete
  9. jgn patah semangat dan terus pndg ke hadapan..weee

    ReplyDelete
  10. bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu itu. sesungguhnya Allah sentiasa di sampingmu. setiap cubaan dan dugaan yg mendtg, pasti ada hikmah yg tersembunyi

    ReplyDelete
  11. segala sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya., insyaALLAH., redho lah dgn ketentuan dari NYA.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum.

    Are u sure you ok aima? :)

    As u said..senyuman tetap terukir..

    Keep smiling..senyum tu sbhgn pengubat kecewa..wlaupn hati2 kdg berlwn rasa.. ^_^

    Allah itu ada aima..DIA pemilik jiwa.. Jaga hubungan denganNya..insyaAllah ia jaga hati kita.. :)

    ReplyDelete
  13. anda di tag : http://gulahatichabi.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-tambah-followers-blog-by.html

    ReplyDelete
  14. kenapa ni Aima?
    x mau sedih2 k.
    takdir sudah begitu , terima apa sja dugaan walaupun pahit.
    be strong dear =)

    ReplyDelete
  15. rileks la sis...hehe kalau tak keberatan kongsi je masalah tu kat sini...takyah details tapi jgn terlampau kabur jugak....kot2 ada yg boleh bagi idea bernas....

    ReplyDelete
  16. Allah tahu baby dapat harungi dugaan itu... sebab itu Allah pilih baby...
    percaya dan yakin setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....
    keep strong...

    ReplyDelete
  17. Setiap manusia pasti akan lalui dugaan..sabar yek.

    ReplyDelete
  18. the truth is, i know u're not..:D

    ReplyDelete
  19. kecewa tue mengajar kita lebih menghargai apa tu bahagia

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih