Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

30 Sep 2012

Jika denganmu Salah

Assalamualaikum.. 

aku baru je abis tengok drama tv3 tadi.. huhh, penderaan seksual terhadap kanak-kanak. giler apa! sorry to say memang 'binatang'  la.. entahla, aku mula-mula tak paham pun cerita ni. then dah faham memang aku rasa orang camni takde hati perut betul.. budak kecik pun ko nak makan.. apa punya manusia la.. 
harap cerita seperti ni bagi pengajaran la kat semua ye.. aku sedih sebab Nia tu pergi dalam keadaan camtu =(

Okey, back to the topic.. korang pernah lagu Berdua Bersatu nyanyian kumpulan  Forteen? 
mula-mula aku dengar dulu ingatkan lagu nasyid. sungguh, cam lagu nasyid. then dengar-dengar, nyanyi-nyani (melalak sendiri je dalam kereta hehehe) sampai aku dah hafal pun lagu ni tau.. then bila aku go thru lirik dia, asal pulak camni???

Cer korang dengar & hayati lirik lagu ni (amik kt youtube je)


(aku pilih yang ni sebab yang official video diorang ni pelik, terkinja-kinja semacam je)

Jika denganmu salah, ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah, biarlah ku tercalar
Jika denganmu kabur ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut biarlah aku lemas

korang paham tak apa yang aku paham kat sini? 

Kenapa kalau memang dah terang salah, tak mahu terima kebenaran ye? 
dah biar sama-sama hanyut, camtu ke??

Tolong betulkan aku kalau aku salah ye.. please, maklumla aku ni kadang-kadang memang camni.
(emosional pulak tiba-tiba lepas tengok drama tu tadi)

p/s : dalam proses mengembalikan suara yang dah sayup-sayup pergi ni =)
esok aku cuti la nampak gayanya.. huhu 



29 Sep 2012

I'm already 25 okey

Assalamualaikum... pembuka bicara,

Moga-moga semuanya sihat & selamat.. kenapa aku menulis tajuk entri ni?? i have no idea ekceli.. sungguh, dah penat-penat berkejar ke sana, ke sini otak pun tak leh nak jalan sangat. hari ni odometer kereta aku bergerak 190km. gila jauh betul aku berlari.. huhu.. 

tapi kan tiba-tiba terdetik kat hati.. ada sembang-sembang dengan adik-adik aku tadi masa hantar mereka balik. pasal umur.. kenapa dengan umur? entahlah.. aku pelik gak sebab banyak yang dok tanya umur aku ni berapa tahun sebenarnya.. hehe, aku ni darjah berapa eh??  aku dok garu kepala nak menjawab. ramai sungguh yang asyik menanya pasal umur aku ni. even customers aku pun tanya. bila aku jawab jujur depa tak percaya. yang aku tipu tu la yang dia percaya. hehehe, aku ni pun jenis nakal jugak suka main-mainkan soalan orang dengan bagi jawapan yang kadang-kadang takleh diterima akal =)

Okeylah, walaupun kat sini aku baby @babycomel.. tapi sebenarnya aku dah lanjut tau. senang kata aku ngaku aku dah tua.. betul, for me umur yang camni dah sepatutnya matang.. tapi maybe disebabkan aku ni masih dibawah tanggungjawab mak abah, perangai ngada-ngada childish aku tu masih belum banyak berubah.. gedik? owh no,no,no.. I tak gedik ye.. manja tu dengan my family je.. kalau ada yang tak berapa suka dengan aku selama ni, aku mintak maaf ye.. aku bukan siapa-siapa, aku sekadar dipinggiran, sekadar menumpang kasih korang, sekadar melukut tepi perigi je.. (ape benda la yang aku dok merepek ni kan)

eh? ni bukan hari jadi aku okey =)

Okey, jawapan soalan umur tu aku dah jawab kat tajuk entri tu.. betul, i'm already 25 years old.. tua dah kan aku.. huhu, bila la nak kawin, nak ada baby, nak ada orang kat sebelah ni.. asyik-asyik aku tanya soalan yang tak mampu aku & korang semua jawab. kan?kan? 

p/s : aku diserang demam + flu.. tekak pun sakit =( tolong doakan aku cepat baik ye kawan-kawan.. 
sayang korang ketat-ketat okey..

Happy Weekend semua

Assalamualaikum...

Hai semua, selamat berhujung minggu =)
(entri pendek je untuk pagi Sabtu ni)
rasa cam a bit excited pulak aku untuk weekend ni.. semalam balik kerja lambat, jenguk blog kejap pastu terus tidur. penat sangat.. orang lain duk sembang pasal belanjawan 2013 ni aku sedap je membanting tulang tidur hehehe :)


Banyak benda nak kena buat weekend ni. Akan berjalan ke Taiping sat lagi ni.. huhu, penat-penat..  
Baiklah semua, enjoy ur holiday okey..... 

27 Sep 2012

Like Father Like Daughter

Assalamualaikum...

Eh?? baru aku perasan yang hari ni takde entri lagi.. rasa cam dah menaip awal pagi tadi. tapi entah mana la dia menyorok.. lampi betul aku dalam sehari ni. semuanya aku baru perasan. ke aku memang dah tak ada perasaan agaknya hari ni =(  tadi kat ofis marah sangat, sampai menangis sendiri.. tu la kelemahan paling ketara aku.. 'akan menangis bila rasa marah sangat'  huhhh..

Okey, back to the topic above.. biasanya kita dengar like father like son.. tapi ni cerita like father like doter.. laaa, pasai pe pulak ni?? takde cerita pe pun. saje nak sembang-sembang (errk, pasal MJ tak abis lagi).. 
korang tau tak mak si MJ ni single mother tau. membesarkan 5 orang anak tanpa suami di sisi.. terpaksa running bisnes untuk bagi anak-anak makan.. suami?? huhhh, suami kaki pempuan, kaki clubbing.. sungguh, sebab tu mereka bercerai (agaknya).. tapi tak sangka penceraian yang berlaku agak lama dulu tu maybe tinggalkan kesan kat dalam diri MJ ni (aku rasa la) sebabnya dia tak suka mak dia, dia bencikan mak dia & dia kata menyesal ada mak macamni.. si MJ ni sayang sangat kat daddy dia. masa penceraian tu dia baru umur 7tahun kot. ehh, entahlah aku. 

Tapi, statement dia yang buatkan aku rasa 'apalah bodoh sangat ko ni MJ'..  dia cakap dia nak duduk dengan daddy dia kat  KL, nak bersenang lenang dengan daddy dia, nak enjoy jugak cam life daddy dia.. dari kecik dia duduk dengan mak dia, dengan adik-adik yang lain.. tapi dia langsung tak suka dengan mak dia sebab mak menjalani hidup sebagai seorang muslim.. dia tak bebas nak buat apa yang dia suka.. eh?? salah ke kalau seorang mak tu nak jaga, nak pelihara anak dia dari anasir-anasir jahat ni?  korang nak tau apa statement budak MJ ni? "nak duduk dengan daddy. daddy seronok.. boleh g club, daddy ajar MJ minun beer apa"

pak hang ajar hang clubbing? ajar hang minum bir? masa dengar tu aku memang mengucap panjang. budak ni bercakap seolah takde perasaan bersalah or takde rasa malu langsung.. susah payah mak dia bawak dia balik sini jauh dari daddy dia tu. tapi sini makin teruk. tiap-tiap malam balik dekat tengah malam sebab lepak kat pub, berkawan dengan cina-cina je yang dia suka.. pergi kerja berambik, balik tengah malam berhantar oleh cina.. kadang-kadang mak dia dah geram sangat terus je kunci pagar. tapi dia hon sekuat-kuatnya sampai mak dia bukak tau.. jiran-jiran?? huhh, tak usah cerita la.. 

bila ditanya kenapa lepas kerja tak nak balik rumah? selamba je dia jawab mak dia tak masak sebab tu cari makan kat luar.. eh,eh kau tu perempuan kan? kalau mak tak masak tak reti-reti ke nak tolong-tolong bantu memasak. & kau tu anak sulung kan. takkan tu pun orang nak kena ajar. dah besar, takkan tu pun tak reti nak fikir. takkan tu pun tak reti nak beza baik buruk. what the!!!  sabar, sabar baby.. 
dan cerita terbaru si MJ sekarang ni dah tak balik rumah. masih g kerja tapi tak tau mana dia duduk. since raya pertama hari tu (kantoi kat fesbuk dia g berlibur dengan boyfriend cina dia kat Genting masa 1st raya sampai raya ketiga).. 
mak dia dah tak tau nak buat apa sampailah mak dia cakap 'tangkaplah dia tu kalau tu yang akan buat dia sedar'   tu belum cerita dia buruk-burukkan mak dia dekat kawan-kawan asing dia tu..

Bila hal yang melibatkan mak bapak ni, aku rasa kesian sangat. sungguh! aku tak paham kenapa seorang anak sanggup nak bencikan mak dia sampai camtu. maybe mak tu ada buat salah tapi sebagai anak kita pun ada tanggungjawab kita kan. (maybe sebab aku rapat dengan mak, jadi aku sangat terasa bila ada anak sanggup buat mak macamtu)




Thank U Allah for my Mother.. 
saya jugak anak abah 'my daddy still my hero'  kan MK kan =) 
hehe my abah betul la yang aku maksudkan 


26 Sep 2012

Kisahnya bermula

Assalamualaikum...

Kembali setelah sekian lama menyepi.. Rindu nak menulis, rindu nak menaip, rindu nak blogwalking kat laman-laman rumah korang semua.. huhu, just come back from Shah Alam malam Isnin aritu. pastu kena kerja pulak pagi selasa.. jadi sangat-sangat pack masa tu..
Okey, seperti yang dijanjikan.. cerita tentang budak 19 going to be 20 itu hari.. First, memang nak mohon ampun maaf sangat-sangat. takde niat pun nak mengaibkan sesiapa cuma sekadar nak mintak pendapat & pandangan semua apa yang patut ku lakukan bila berhadapan dengan orang sebegini.. tapi korang mestilah tau kisahnya kan baru lah dapat gambaran yang sebenar.. 
 Tolong baca entri terdahulu aku ye sebab ada yang pernah aku ceritakan kat blog ni sebelum ni.. bawah ni dah susun ikut turutan dah.. 



MJ (bukan nama sebenar) tapi ini adalah kisah benar ye.. dia masuk kerja beberapa bulan yang lepas. masa interview memang hebat la (konon-kononnya) bos tertarik sebab budaknya seksi, cun, speaking london kemain budak tu. betul, slang mat salleh tu bila bercakap.. boss suruh dia belajar dengan aku. okey, tapi bertahan 2hari je sebab dia takleh terima cara aku. aku ni garang, tak sesuai dengan jiwa lembut, ayu dia tu la gamaknya. (aku ada cerita dalam entri pertama tu).. 

Masalah bila cara dia berpakaian tu menimbulkan kemusyikalan orang ramai. dia tu islam ke, melayu ke? aku yang jadi mangsa kena jawab soklan-soklan mereka semua.. (ada dalam entri kedua tu).. jawapan dia bila ada orang tegur dia pakai skirt "ish, apa yang mj buat semuanya salah, semuanya tak kena. nasib baiklah mj ni putih, kalau hitam tak tau la" korang rasa tak betapa hinanya kami-kami yang tak seputih macam dia.. sungguh, aku memang rasa cam nak ganyang-ganyang je mulut dia time tu. tapi aku sabar lagi. 
dan korang tau tak time bulan puasa aritu, sekali pun tak pernah puasa. selamba tonggak air mineral botol besar depan customer. aku sendiri malu nak tengok. jawapan dia, period.. (sebulan ke ko perioddd??)  then time lunch hour keluar dengan officemate cina, makan open air.. (makan kat kedai makan cina jugak agaknya sebab siap ada berchopstik lagi).. 


Okey, rasanya cukup kat sini dulu.. esok-esok aku cerita lagi. ye. banyak hal budak ni. pasal kerja, pasal mak bapak dia, pasal dia dengan customer, pasal club malam, pasal pub, pasal beer, pasal masuk church, pasal convert potong sunat ni semua.. semua pun ada.. tapi yang pasti muka dia sangat tebal.. tak pernah ada rasa takut, takde rasa malu.. sungguh! aku tak tipu korang okey.. 
Erm,walaupun mungkin secara peribadi dia tak ganggu hidup aku, tapi aku terpaksa berhadapan dengan orang camni setiap hari. aku sedar aku pun bukan baik, tapi sekurang-kurangnya jangan la kita berbangga dengan perkara tak baik yang kita buat tu kan.. aku tak leh bertahan lama camni =(

p/s : tolong doakan aku yang terbaik ye.. terima kasih.. 

25 Sep 2012

Aku PMR & SPM

Assalamualaikum..

Hai semua.. Pejam celik, pejam celik dah nak penghujung September dah kan.. lagi beberapa hari rupanya besday aku.. korang ada nak bagi hadiah tak?? kalau ada yang bermurah hati nak bagi, aku mau kereta meinan sebijik (alaa yang remote control tu), nak rumah @ tanah se lot (1 lot pun dah cukup bersyukur weii. tapi kalau korang bagi tanah yang korang kumpul masa main saidina tu pun aku terima dengan lapang dada je) hehehe, hampehh punya budak toii aku ni kan. setahun entah bape kali nak besday pun aku tak tau :) huhuhu...

Okey, back to main topic kat atas. Aku rasa nak cerita pengalaman tak syok aku masa exam dulu. harap-harap adik-adik yang bakal menghadapi exam PMR & SPM sikit hari lagi nanti jadikan iktibar ye. jangan ikut perangai tak semenggah aku ni. (bukan nak buka pekung di dada, cuma apa yang jadi dulu, aku belajar supaya aku tak ulanginya hari ni) 
Sekolah dulu aku bukan dalam kalangan budak pandai.. aku tak reti nak duduk asrama-asrama ni. sungguh, dulu masa form 1 masuk SMKA tapi 3minggu je pastu lari balik (mak cakap aku sampai mogok lapar sampai kena masuk air- hahaha sungguh aku tak ingat pape pun tau pasal tu). then dapat Sekolah Tun Fatimah 2nd intake, jauh nun kat Johor sana (eh? tu pun aku nak cerita. apa daaa).. huhu pakat tak g la jawabnya. yang dekat pun aku cabut ni kan pulak selatan tanahair sana.. takpe-takpe, aku tak kesal pun tak pergi sana sebab aku lebih selesa belajar kat sekolah biasa ni. (maklumlah, aku bukan bijak pandai nak belajar sendiri ni) bila duduk kat sekolah menengah rendah ni macam-macam cabaran jugak eh. mak pulak mengajar kat sekolah yang sama. haha, best tu. apa ko nak buat semua mak kau tau. then perangai pun kena baik-baik je.. alahai.. tapi nakal la jugak aku ni. takde maknanye nak baik tiap masa :)

Eh, eh aku nak cerita sebenarnya masa aku amik PMR dulu.. entahlah, ada benda yang sedikit aku kesalkan.. kesal sebabnya sampai hari ni aku ingat yang aku pernah marahkan ustazah aku ni sebelum berlangsungnya exam PMR. then masa result keluar, aku aku rasa terkecewa sangat. yelah, subjek Pendidikan Islam aku dapat B. kelas aku semua dapat A untuk subjek tu aku pulak leh dapat B.. menangis la pe lagi. my mum dah tengok dulu dah result aku tu. sebab dulu mak mengajar sekolah yang sama kan. 

Ingatan untuk adik-adik yang nak exam PMR, SPM nanti ni please mintak restu cikgu-cikgu ye. mintak maaf takut-takut cikgu ada kecik hati dengan korang ke, or korang ada marah-marah cikgu ke.. (tu lah yang terjadi kat aku, masa trial aku ada la sakit hati sikit dengan my ustazah yang ajar agama tu. sebabnya result trial aku dapat baik. tapi dia cakap 'markah awak xleh la lebih dari top scorer'  dalam hati aku marah la 'pehal pulak ustazah ni. dah jawapan saya tu betul, tapi tanda pangkah sebab taknak bagi markah saya lebih dari mereka-mereka yang sememangnya hebat tu' siapa yang tak sakit hati bila jadi camtu kan.. aku pernah ada perasaan camtu kat ustazah. then ni la habuan yang aku dapat. aku dapat B untuk my pendidikan islam.. 

Jadi kepada adik-adik, akak mohon sekali lagi, tolong jangan ulang lagi kesilapan & kesalahan yang akak dah pernah buat dulu. tak berkat ilmu tu bila kita marah-marah, sakit hati dengan cikgu.. biarlah camne pun, ilmu yang ditumpahkan kat kita tu pasti berguna untuk kita teruskan hari-hari mendatang.. cikgu tu dah ibarat ibu kita tau. 

Then masa SPM, entahlah banyak main-main je aku ni. cuma maybe dah nak hujung-hujung barulah aku jadi sedar diri. alaaa, tak mahu la cerita pasal zaman sekolah lagi. nanti aku menangis pulak. sebabnya aku dah lupa semua benda yang jadi dulu.. =( 

Jadi adik-adik, ingat ye pesanan akak jangan sakitkan hati cikgu-cikgu korang ye.. ilmu yang diberi tu tak berkat nanti.. okey, sayang korang semua.. 


p/s :entri ni dah siap ditaip sebelum gerak ke S.Alam hari tu. tapi baru perasan yang ianya tak dipublish lagi...

23 Sep 2012

Ku cuba Menerjah Awan

Assalamualaikum..

Hari ni seakan ada kekuatan untuk bercerita tentang cita-cita yang sememangnya mustahil bagi aku. Tapi tetap menjadi cita-cita dalam hati kecil ku.. Sungguh, tak tipu.. Setiap orang mesti ada cita-cita kan. i mean masa kecik-kecik dulu.. time sekolah mesti kat kelas cikgu tanya 'nanti dah besar nak jadi apa?'  huhu.. banyak betul cita-cita yang kita angankan masa kecil dulu kan.. 


Bermula dengan nak jadi polis trafik. haha, polis trafik? kelakarnya.. then nak jadi fireman pun pernah tercatat dalam kad 001 kat sekolah dulu. Bomba? adoiyaii.. apalah aku ni kan, suka benar dengan pasukan beruniform ni.. Detektif pun aku mahu jadi juga. Then bila meningkat usia, cita-cita tu semakin lama semakin berubah. makin boleh berfikir guna akal. bukan sebab suka tengok tv, suka tengok superhero lagi. 

Naik form1 aku belajar kat sekolah menengah & berlaku perubahan dalam diri. biasa la dah mula akil baligh kan.. mesti la pemikiran pun dah leh fikir baik buruk. tapi cita-cita tu taklah berubah sangat. aku mahu jadi doktor.. hahaha, konon-konon upsr dapat 5A ada hati nak jadi doktor. kelakar la ko ni kan =) alaaa, wa budak kecik lagi masa tu. tapi satu kelemahan sebab aku tak suka la tengok-tengok darah ni. pastu berubah lagi. duduk di menengah rendah, takde yang aku nak ceritakan sangat. tapi jenuh gak aku menghafal Bahasa Arab. atlast dapat Arab C. hahaha,,,  (eh-eh, nanti aku nak cerita pasal my PMR untuk next entri. ada kenangan disitu) =(

Lepas PMR, aku naik form 4 amik science stream. (nak amik teknikal mak tak kasi masuk sekolah teknik) belajar fizik, kimia, biologi. huhh, penat nak hafal semua tu. yelah, aku bukan budak pandai pun =) budak sains, tapi aku bercita-cita nak jadi penasihat undang-undang. time tu aku memang dah suka membaca. kelakar kan nak jadi penasihat undang-undang. apa tu? aku pun tak tau. kalau peguam, hakim tu aku tau la. tapi penasihat undang-undang..  then aku cam regret sikit. aku nak jadi engineer, patutnya aku amik subjek technical drawing baru la senang nanti. tapi syukur aku teruskan dengan biologi yang aduhai letih nak menghafal. (mak mengajar sains tapi anak subjek sains lingkup) hehehe.. Perancangan Allah tu hebat. aku kan tak reti melukis, eloklah pun. kalau tak sia-sia je jawab exam paper kosong =)

Cuma 1 je cita-cita yang aku tahu aku tak mungkin gapai tapi aku tetap mahukan (tak pernah aku tulis dekat dalam list apa yang aku mahu jadi. cuma dalam hati je tersimpan).. aku nak jadi sebahagian dari keluarga royal air force. aku nak jadi Tentera Udara. Cita-cita ni dah terbenam dalam sanubari aku since i was 7years old. masa tu ada helikopter TUDM ni mendarat cemas dekat dengan rumah aku. 2hari mereka dekat sana seingat aku. aku terlalu teruja. kanak-kanak bila teruja tau la camne kan. aku suka sangat kat abang tudm tu. Faizal nama dia (aku tau sebab ada nama kat baju ijau dia tu)  abang ni muka dia garang giler, tapi sangat baik hati layan budak dungu cam aku ni =) mungkin sekarang dia sudah tua memandangkan aku sekarang pun dah besar hehehe.. jangan marah ye

aku apply KTU habis SPM, tapi i failed.. semuanya tak cukup. badan kecik, terlalu ringan masa tu. below 34kg. pendek pun ye jugak.. sekarang ni pun 152m je.. camne ye dakk.. sedih, sapa yang tak sedih.. entahlah, takde pe yang aku mampu buat. tapi satu perkara yang aku terasa nak bagitahu, keterujaan aku pada benda yang terbang di udara ni tak hilang sampai sekarang. ada je bunyi kapal terbang, helikopter lalu kemain aku berlari keluar rumah sebab nak tengok. kat ofis sekarang pun sama. tapi taklah berlari, cuma jalan pelan-pelan cover line la konon-kononnya. dalam hati, berbunga-bunga walaupun sekadar tengok. tengok dari jauh.. Owh, 

then keluar lagu Farawahida ni.. 

(ada hasrat tersimpan kat situ)


p/s : terima kasih kerana sudi membaca cerita hati kecil ku yang tak seberapa ni.. pasal cerita budak pempuan tu aku akan publish after i come back from Shah Alam this Tuesday okey =)


22 Sep 2012

Kenapa Lelaki Melayu jadi Pilihan??

Assalamualaikum...

Hari ni aku kembali setelah sekian lama menyepi.. ehh? aku rindu nak menulis, rindu nak jalan-jalan kat rumah korang, membaca, membaca dan bagi komen. rindu nak lepak dengan kawan-kawan kat blogger apakah?... tapi masa sangat mencemburui diriku. terlalu banyak komitmen yang menuntut pengorbanan ku ini.. acecee =)

wa memang suka abang polis. yang ni? bukan-bukan

Korang ingat lagi entri berkenaan lelaki melayu tak ada masa depan itu hari? Okey, rasa cam entri kali ni kesinambungan entri yang aritu. aku terima banyak feedback & komen tentang entri tu. terima kasih sebab sudi komen kat blog yang serba kekurangan ni =)  Walaupun itu adalah cerita tentang seorang budak yang baru berumur 19tahun yang mempertikaikan tentang masa depan jejaka-jejaka melayu di luar sana tapi aku rasa 'I care about this thing'..

Soalan kat atas tu "kenapa lelaki melayu jadi pilihan??" 
owh, soalan tu susah je bunyinya. tapi senang sangat nak jawab.. kan?kan?

Jawapan mudah :

<Pertama> sebabnya aku ni orang Melayu, mak pak atuk nenek jiran-jiran aku melayu. 

<Kedua> dah tentu la aku pilih untuk kembangkan zuriat-zuriat melayu aku nanti..

<Ketiga> orang melayu ni kan terkenal dengan budi bahasa, baik hatinya.. kan Mk Syahir kan? eh? apa pulak kena mengena dia ye.. owh, lupa dia kan abah aku. hehe jangan marah ye abang Mk

<Keempat> aku tengok jejaka-jejaka melayu ni dah tentu-tentu hensem @ handsome. sungguh, aku tengok dengan mata kepala, mata hati & mata akal ku. tapi tu mata aku laa. mata korang I tak tahu la pulak. tapi aku tengok tu idak la sampai juling-juling mata. cukup sekadar aku tengok sekali, 2kali, 3kali & mungkin last kali tu yg keberapa entah. hehehe =) taklah tu aku tipu je

<Kelima> reason yang sesuai kenapa aku pilih lelaki melayu adalah kerana aku merasakan orang melayu ni sangat penyayang & tegas looo.. Tegas okey, bukan keras. for me, kalau tegas tu dia tahu nak letakkan ketegasan tu kat tempatnya. kalau keras tu payah sikitlah. ikut dan dia je. nak marah, marah. nak maki maki.. ish, tak mau la camtu.. huhu.. okey, nanti abang jangan garang-garang sangat dengan ayang ye ;)

<Keenam> jawapan mudah yang aku rasa aku okey je dengan lelaki melayu "aku suka, ikut hati aku la"

Eleh, tak heran la aku dengan mat-mat salehh kat luar sana tu (pasai depa pun tak heran kat aku sebenarnya) kahkahkah.. kalau depa mau, aku pun mau jugak (eh,eh yang ni aku tipu jugak)

~hehehe, entah apa la yang aku merepek kat atas tu kan.. harap korang semua tak marah teman eh. sekadar nak menceriakan hidup aku yang tak berapa nak cerah 2-3 hari ni. a lot of things need to do..
Ahad & Isnin aku akan ke Shah Alam.. Ni la yang buatkan aku tak berapa syok sangat. harap korang jangan marah aku ye. maklumlah, aku ni bukan siapa-siapa pun..

p/s : the road not taken yet =) apa benda tu? entah, i have no idea..

Segmen NT | Tempat Lepak Feberet

Assalamualaikum.. 

Dah lama sangat tak join segmen-segmen ni. Nak buat segmen sendiri takut tak boleh nak bagi komitmen + takut takde orang yang berminat nak join =) hehehe.. Kali ni nak join segmen by Nyamuk Terbang. <aku pun baru je follow blog cantik dia tau>

klik je untuk join okey ;)

Segmen ni dia tanya apa "tempat lepak feberet" aku.. 
owh, aku nak jawab kat mana ye?? atas bukit? gunung? alamakk... sape boleh tolong jawabkan. sebab rasanya aku tak berkesempatan nak berhibur ni.. pergi kerja, balik kerja.. weekend duduk rumah. Okey, tapi demi memenuhi permintaan soklan beliau yang agak susah nak dijawab ni, aku jawab gak la.. 

kalau outdoor punya tempat, favorite aku adalah kat taman @ Taman Tasik Taiping (best kat situ time-time menyemai cinta) ekekeke bercinta dengan siapa entah. beruk banyak la kat Taman Tasik dekat dengan Zoo Taiping tu.. Pantai kureng sikit sebab aku ni ada fobia dengan air, takut lemas kang..  

Kalau indoor, aku biasa bersantai-santai depan tv layan Astro Supersport + AXN.. tu la tempat lepak feberet aku.. Mamak? owh tidak, tidak.. i do not prefer mamak. nehi, nehi..
 Tengok bola kat rumah je.. sebab kang aku suka menjerit-jerit bagai susah pulak teman-teman nak kontrol aku :) paling best aku layan tv series.. tapi cerita orang putih la jadi. tak pun drama-drama bersiri melayu yang aku dah download dulu-dulu kala.. adamaya paling takleh lupa.. rasa cam dunia aku je hehehe..

Okeylah, apa yang aku merepek-meraban panjang-panjang kat atas tu aku pun tak tau. dia soh cerita sikit je, aku gatai nak heboh cerita panjang-panjang.. Saudara sedari sekalian salah silap harap-harap dimaafkan ye. biasala lepas gian dah lama tak menulis.. hohoho, 

Jom ramai-ramai join. klik je banner atas tu okey..

hai Nyamuk Terbang salam perkenalan.. 

20 Sep 2012

Hebat betul kencing berdiri

Assalamualaikum..

Doaku semoga semuanya sihat-sihat dan sejahtera hendakNya.. aku menulis lagi.. huhhh, tak tahu kenapa aku nak sangat meluahkan.. kecik-kecik dah pandai kencing orang. wehh, aku tak BODOH macam kau okey.. kalau nak menipu pun agak-agak la.. aku pun bukan baik, tapi aku taklah kencing sampai macam tu.. kau kencing berdiri tak malu ke? kencing dan bangga orang tengok kau camtu?? pergilah kencing berlari sekurang kurangnya kau kencing & takde orang akan sedar. even skirt kau pun takkan basah camne kau kencing berdiri tu. korang jangan jadi camni ye... 
Cer korang ikut perbualan kat bawah ni.
(kisah kencing dia <MJ> bersama seorang customer <cust>)

CUST : eh, awak ni cina ke? 
MJ : taklah. Melayu. nenek i cina..(me nipu lagi. itu hari masa pakcik bawak van jenazah masjid jamek  tanye kau kata atuk kau yang cina. ni nenek pulak dah. dengan pakcik bawak van mayat pun kau tipu kan.. mak kau cakap takde langsung susur galur kau tu cina!! mak kau yang cakap okey!)

CUST : belajar oversea ke dulu? loghat tu cam duduk oversea je (cust tu perli sebenarnya. konon-konon cakap cam gaya mat salleh. menyampah dengar weii)
MJ : haah, i ada degree of TESL.. duduk Malaysia ni cam culture shock sikit (lagi?? TESL eh?? SPM kau pun berderet E, ada hati nak ada TESL eh?? weh, aku yang photostat resume kau masa kau isi borang mintak kerja dulu. adoiyaii, pembohong besar dohh budak ni. SPM je pun. aku dah siasat weii mak kau cakap  kau tak pernahnye g seberang laut tu.. berbulu aku dengar dehh.. 

CUST : memang local ke? 
MJ : duduk kat Venice.. tak suka duduk sini. nak duduk KL. kerja sini habuk, debu tak sesuai dengan kulit i. alergik.. (haah, alergik kepala hotak kau. kerja kau tu bukan kerja lombong pun bodoh. duduk dalam acond pun kau kata berdebu. muka tu kalau lawa aku okey la lagi. ni setakat mekap tebal-tebal je. muka aku yang kau kata hitam ni pun takdelah jerawat tertempek-tempek, licin aje. & aku takde mekap-mekap pun.. owh, lupa kau putih sebab kau cina.. perrrgh, tak menahan aku weii. ingat kau tu babydoll yang orang dok simpan dalam almari.. giler! 

 (perbualan ni terjadi semalam.. maybe dia tak perasan aku ada je kat belakang dia masa dia tengah kencing berdiri tu.. huhh, bodoh punya pempuan!!

p/s : ayat kasar. entahlah. sakit hati punya pasal.. maaf ye semua.. aku nak cerita. tapi panjang sangat. nanti aku cerita slow-slow ye.. kisah benar & entah bila la akan berakhir. cepat-cepat la kau berambus. kalau tak aku akan buat sampai kau kena tendang. tiungggg!!! =)

19 Sep 2012

Menyesal aku ada mak macam tu

Assalamualaikum...

Entri kali ni mungkin sedikit emosional.. pertama-tamanya aku memohon ampun maaf kepada semua ibu-ibu yang berada diluar sana. i'm so sorry kalau tajuk entri ni sahaja dah buat anda semua sakit hati.. mohon baca supaya korang semua tak salah faham dengan ku.. 
(kisah benar, ianya terjadi lagi, lagi & lagi)
Aku menulis bukan untuk mengaibkan sesiapa. sungguh, tak pernah terlintas pun nak membuka pekung di dada sesiapa. tapi mungkin cerita ni boleh kita jadikan pengajaran bersama. ambil iktibar supaya kita tak tergolong dalam golongan tu.. 

Okey, macam aku pernah cerita dulu ; masalah ofis dalam entri sebelum ni, (dia tu islam ke?). dan entri tentang lelaki melayu tu.. Orang yang sama.. aku kenal dia beberapa bulan yang lalu, macam-macam benda aku dengar, macam-macam kisah aku tonton, macam-macam cerita yang terjadi. sungguh, cuba korang bayangkan kalau korang duduk tempat aku. apa yang patut aku buat? apa peranan dalam hal ni? sebolehnya aku tak mahu ambil tahu hal ni. tapi..... 19 going to 20.. budak lagi tu. 

Korang rasa apa perasaan seorang ibu bila seorang anak kuarkan ayat 'menyesal aku ada mak macamtu' & korang rasa apa yang ada dalam hati seorang anak bila sanggup keluarkan kata-kata tu?? bila aku dengar pasal hal ni je aku rasa cam nak cekik-cekik je budak pempuan yang tak tahu diuntung tu. tahu tak betapa susah payahnya seorang ibu mengandung 9bulan, bawak perut besar ke hulu ke hilir, siang malam menanggung sakit, saat melahirkan tu macamana seksa seolah-olah Allah nak tarik nyawa tu. belum dikira jasa ibu detik-detik membesarkan kita. bagi makan, pakai, sekolah.. ni ke balasan seorang anak untuk ibu yang dah berkorban hidup untuk kita selama ni?? 

Ibu dibenci hanya kerana dia ingin membimbing anaknya ke jalan yang benar..  
Salahkah ibu tu??
Ya Allah, tolong bayar cash supaya dia tahu tinggi rendahnya langit mu itu..


~boleh ke aku nak cerita kat korang tentang ni? kalau korang kata okey aku cerita next entri ye

Ku petik bintang-bintang

Assalamualaikum


kat ofis aku suka nyanyi lagu ni. then salu kena cepuk dengan exec aku. sebab katanya aku ni gatai.. hahaha, 

17 Sep 2012

Lelaki Melayu tak ada masa depan

Assalamualaikum...

Okey, apa yang terfikir kat kepala korang eh bila baca tajuk cam gini? 
Tajuk penuh kontroversi kan....
Nanti, nanti jangan marah aku ye. aku cuma nak cerita apa yang aku dengar dalam seminggu ni..

"Tak ada feel dengan lelaki Melayu"
"Tak ada taste dengan lelaki Melayu"
dan ayat paling best aku dengar...
"Lelaki melayu ni takde masa depan"

Hohoho.. gila bapak budak pempuan tu boleh cakap gitu.. apa dia lupa ke bapak dia sendiri orang melayu. Owh, aku terlupa.. dia habak kat semua orang daddy dia mat salleh orang putih. aduhaiii, macam-macam.. okey, pada aku apa yang dia rasa apa yang dia nak tu bukan masalahnya.. kalau dia tak minat dengan lelaki melayu pun tu bukan masalah kita kan.. tapi bila dah keluar statement lelaki melayu tak ada masa depan tu pe cerita pulak?? aku pulak rasa marah dengar camtu..
walaupun statement  dikeluarkan oleh seorang budak yang baru nak meningkat dewasa, tapi aku sangat tak suka. sebab memang dia buktikan apa yang dia kata. dia hanya berkawan dengan orang yang bukan melayu sahaja.. tak ada masa depan katanya bila berkawan dengan lelaki melayu.. huhu, aku rasa cam nak ajar je cukup-cukup minah akal pendek ni.. 

Teruk sangat ke lelaki melayu ni??

p/s : sejauh mana aku berjalan, sehebat mana Robin Van Persie tu pun.. hati aku tetap terjatuh, minda aku tetap berputar, akal aku tetap berkata, 'ku pilih-Lelaki Melayu'

16 Sep 2012

Tertawan sudah puncak Gunung Ledang

Assalamualaikum...

Tiba-tiba je aku terasa nak menulis tentang Gunung Ledang ni. Maybe sebab baru je tersembang pasal nak naik Gunung Kinabalu nanti.. huhu kemain aku excited kalau dapat tawan puncak tertinggi kat Malaysia ni.. 3bulan awal dah nak kena training ni gamaknya =) insyaAllah soon, still dalam planning lagi..

(aku mintak maaf, cerita yang bakal korang baca ni maybe tak sedap didengar. tapi it happened. takde niat nak memalukan diri sendiri kat sini. cuma sekadar berkongsi supaya kawan-kawan lain berhati-hati dan takkan alami apa yang aku pernah rasa)

aku amik kat google (takut nk bukak album lama)
Okey, back to the topic.. aku nak cerita pasal pengalaman aku naik Gunung Ledang ni.. korang tau kan Gunung Ledang ni letaknya kat Johor.. haah, Johor.. dulu masa belajar banyak kali jugaklah aku berkesempatan ke Johor sana tu.. aku naik Gunung Ledang ni sekali je walaupun berpeluang naik 2kali. sebabnya pengalaman pertama menjadikan aku seriau.. hohoho, seriau tu jangan memain..
Sungguh, aku menulis tentang gunung ni bukan nak takut-takutkan korang yang maybe ada terfikir nak ke sana.. kalau yang tengah planning or bakal menawan puncak tu aku sangat alu-alukan.. sebabnya best.. betul, memang best.. camping kat sana, panjat gunung.. perrgh, memang memori yang takkan aku lupakan.. then bila korang berjaya tawan puncak, korang dapat sijil.. best la weii.. 
Tapi.. ada benda yang aku nak ceritakan.. based on my experience okey.. 
Cenggini ceritanya.. aku g sana sebab join camping persatuan yg aku belajar dulu la.. dengan senior-senior tu yang menjadikan ianya sangat-sangat best.. maklumlah, aku ni kan adik kecik molek, banyak la dapat bantuan dari abang-abang senior :) hahaha, sebabnya takde akak senior yang turut serta panjat pun.. course yang aku belajar ni majoriti adalah lelaki, even dalam batch aku pun hanya 3 orang pempuan disamping 40 lelaki.. owh, rindunya nak masuk class balik =)
Malam sebelum panjat tu kitorang di beri penerangan tentang aktiviti esok ni.. banyak sungguh pantang larang nak naik gunung Ledang ni tau.. itu tak boleh, ini tak boleh, semedang je tak boleh.. tak boleh buang sampah walau apa sekalipun, abu rokok pun tak boleh jatuh sepanjang mendaki tu tau (bagi mereka yang merokok la), tak boleh petik or patahkan pokok, daun-daun yang ada kat dalam hutan tu.. owh, semua la tak boleh..  haaa, lagi  yang tak boleh adalah siapa-siapa yang tengah datang bulan tak boleh panjat okey.. okey, aku dah paham apa pantang larang yang ada. insyaAllah aku akan ikut semuanya (teringat dalam kepala masa tu) kemain berkobar-kobar semangat aku nak tawan gunung Ledang yang merupakan antara memiliki kesukaran yang tinggi kat Malaysia ni.. 
errmm, nak dijadikan cerita elok-elok aku bangun subuh pagi tu 'alamak, adala satu titik'  masa tu sudahhh, aku tak tau nak kata pe.. tapi aku malas nak peduli sangat sebabnya alaa 1 titik je pun. okey fine.. tapi aku bersiap siaga jugak la.. aku bagi tau kat akak-akak senior (diorang join camping tapi tak panjat gunung) ada bagi idea naik, ada cakap tak payah naik. tapi atlast aku cabar diri aku untuk naik. yelah, kalau tak bila lagi leh panjat gunung ni kan.. macam-macam aku tempuh masa naik tu.. aku tak ingat apa-apa tempat or check point yang aku redah sebabnya dah berlalu hampir 7tahun yang lepas. tapi aku tetap ingat apa yang jadi.. 
Gunung Ledang memang best, pemandangan, kawasan cerun naik bukit turun bukit, air dia yang mengalir memang owh... aku suka sangat. (aku naik dari Sagil)
Memang aku akui, banyak kali jugak aku putus asa.. sungguh, aku rasa give up sangat-sangat pun ada. yelah, mana la pernah selama ni aku panjat gunung-gunung ni. bukit tu selalu.. member-member class, abang-abang senior banyak bagi aku semangat tau.. thanks kepada mereka semua.. kerana semangat, sokongan moral & dorongan yang tak putus-putus dari mereka aku berjaya juga akhirnya sampai.. aku tergolong dalam team yang terlewat sampai.. tapi ada juga sahabat-sahabat aku yang menarik diri separuh perjalanan.. tak sanggup katanya..  
Sebelum tu, dah half way or maybe dah 3quater way aku cam diduga oleh something.. aku rasa mengantuk yang amat-amat sangat.. sungguh, sampai cam takleh nak bukak mata. mengantuk giler. padahal aku tidur elok je malam sebelum gerak tu. tidur nyenyak dalam khemah lagi. sampai abang-abang senior yang tolong bawak aku.. betul, cam ada benda je yang dok tutup mata aku supaya aku jangan jalan or jangan teruskan.. then singgah kat air yang boleh diminum.. rasa segar sangat-sangat. pastu teruskan tapi aku back to then abnormal behavior.. mengantuk balik sampai la kat puncak.. yeah, aku berjaya dengan bantuan korang.. thanks guys yang sudi tolong aku.. aku takkan lupa jasa-jasa korang :)
menangis? confirm la ada.. siapa yang tak menangis kan bila terasa susah sangat-sangat. rasa cam perit je nak buat benda yang kita tak pernah buat selama ni.. eh, eh cerita tak abis lagi...
dalam perjalanan balik nak turun tu, banyak kali aku jatuh.. xtau nape.. nak kata licin jalan landai pun aku boleh slip. rasa cam kelakar giler time tu.. then abis basah seluar aku sebabnya petang kan cuaca mendung dah start hujan.. tapi bukan hujan lebat pun sebab pokok-pokok kan tebal kat hutan tu. jadi tak banyak sangat air hujan yang jatuh bawah. tapi aku basah cam budak-budak main hujan kt tengah padang. sungguh, pelik sangat time tu.. dah sampai je kat tapak camp, apalagi mandi bersihkan diri la.. owh, sangat-sangat mengejutkan bila ianya turut macam 'coklat mencurah ke ladang gandum -jadilah koko krunch'  sungguh, bermula dengan pagi yang hanya setitik, petang beberapa jam selepas tu masyaAllah.. aku sangat takut. even aku basuh seluar tu pun boleh nampak kaler apa yang mengalir.. tapi aku takla fikir banyak. yelah, lagi-lagi kat hutan banat camtu kan.. semangat aku bukan kuat cam orang lain. nanti kalau fikir asyik teringat dah takleh lupa.. nanti lemah semangat abis aku... 
tapi aku teruskan hidup normal cam orang lain. aku balik ke tempat pengajian aku cam biasa.. tapi apa yang terjadi selepas tu agak luar biasa.. my period non stop almost 1 month.. giler kau.. tak berhenti dekat satu bulan. pempuan kalau period pun maksimum paling lama pun dua minggu sepatutnya lah.. kalau still datang tu consider darah penyakit.. tapi aku pulak lain ceritanya.. then aku sembang-sembang, baru ada orang cakap memang biasa terjadi kepada-kepada orang degil cam aku ni.. yelah, dah tau period gatal nak naik jugak.. katanya ada orang marah, ehh, siapa orang yang marah tu aku tak nak la cakap.. faham-faham jelah kan.. seumur hidup tak pernah terjadi & ianya terjadi.. bayangkan 1 bulan.. merah tak henti-henti.. owh,
kejap-kejap aku call mak menangis tanya nak buat apa.. mak cakap kena solat cam biasa.. semuanya buat cam biasa. Alhamdulillah, nasib baiklah aku takde gangguan lain.. syukur Allah kuatkan hati aku.. sehingga hari ni, aku sihat walafiat.. mohon kau kuatkan imanku, teguhkan keyakinan ku terhadapmu Ya Allah..

p/s : apa yang aku tulis kat atas ni semuanya kisah benar aku.. sungguh, aku takkan pernah lupa.. terima kasih sebab sudi membaca. harap korang takkan kena cam aku ni ye.. 

14 Sep 2012

Jangan nak sempurna sangat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua
Ingat lagi tentang kisah bukan kesempurnaa yang ku cari? okey, aku terasa nak bercerita tentang hal ni... kisah ni dceritakan oleh seorang customer ku, Pak Mad namanya.. dia sangat kaya orangnya, kelapa sawit berpuluh-puluh ekar, kereta berlambak-lambak..mewah-mewah pulak tu. isteri pun baik. baik dengan aku.. tanya wife dia kat aku 'nak keje dengan makcik?' aku pun senyum je.. dalam hati 'xmau la kerja, nak jadi menantu mau la' hehehe.. belum sempat pape dia sambung lagi 'makcik anak-anak sume dah kawin, yang ada pun jauh sangat duduknya'  alamak, makcik tau je apa yang aku fikir eh.. psych betul =)  then sempat lagi dia menambah 'pak cik ada la kalau mau'  hahahaha, aku apa lagi gelak besar la time tu :) kelakar sungguh mak mertua tak jadi aku ni :) eh tak-tak, madu yang belum jadi *_*

Aku ni kadang-kadang suka nak tanya pendapat or kisah-kisah orang yang dah makan garam dulu ni.. aku pun sembang la dengan Pak Mad ni. muka dia jenis garang, tapi kalau dia senyum alahai, sayang aku kat abah =) dia pun cerita camne susahnya dia dulu sebelum jadi hari ni. bukan mudah katanya. Yes, i admit bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah gak kan... 'Pak cik dulu bukan siapa-siapa, makcik pun bukan datang dari orang senang. pak cik kerja, bina hidup dari usia muda. yelah, belajar pun bukan pandai sangat..'  ahhh, masa tu aku yang kemain sedih dengar cerita abah baru aku ni. seyes, touching abis.. maklumlah, sekarang dah kaya raya tapi dia masih tetap letak kat mana dia berada. masih berpijak di bumi nyata ni :) aku yang muda ni rasanya baru je hidup tapi dah selalu sangat give up, buat sikit hal dah mengalah, menangis, putus asa.. pak cik mad ni semua kerja dia buat sebelum capai apa yang ada hari ni. dia bukan ahli politik, dia bukan pegawai bank, bukan supplier, bukan developer buat rumah bangunan semua tu.. dia hanya seorang petani.. sungguh, seorang pekebun yang dilahirkan dalam kepayahan yang bukan sedikit.. owh, tiba-tiba aku teringatkan seseorang pulak dah =)

"Wah, hebatlah pak cik. saya rasa teruja dengar cerita-cerita pak cik ni. rasa cam saya juga nak lalui kisah-kisah pakcik ni. tapi part-part yang susah tu tak mahu la" kata-kata aku pada pakcik mad. Pak cik tu sengih je tau dengar ayat kanak-kanak aku ni. "orang muda sekarang ni memang nak senang je. hidup susah sikit je dah mula merungut. ada masalah sikit je dah mula kelam kabut. duit kurang sikit je dah fikir macam-macam"  haa, kan dah kena sebijik kat muka kau. padan muka.. sengih aku makin melebar.. aku lah tu yang cam gitu :)  "pak cik tak cakap anak ni. pakcik tengah cerita pasal orang lain. anak-anak pakcik tu pun sama. memang la depa tolong buat kerja, tolong running bisnes, tapi bila ada masalah sikit mula la nak kecoh. kadang-kadang masalah tu datang sebab kita jugak.. Allah tu kan akan bagi ujian kat semua hambanya. jadi kita terima jelah dengan hati terbuka. berfikir camne nak solve problem, cari jalan nak tangani masalah. bukan dengan mengeluh sana sini"  yeah, nasihat yang baik dari pakcik mad ni akan aku ingat senantiasa..

pastu dah abis sembang dengan pakcik, makcik pulak datang "haa, apa yang anak beranak dok sembang ni?" hehe aku asyik ketawa je. makcik ni sporting betul tau. pakcik menambah lagi "nak kawin pun sekarang ni nak cari yang lawa-lawa aje semuanya.. lelaki nak pilih pempuan semua yang lawa, yang cantik yang cun-cun je.. perempuan pulak nak yang hensem aje... dah tu yang kurang cantik, kurang hensem camne? tak payah kawin ke?"  alamakk, pakcik ni perli aku ke? ish, idakk idakk sebabnya aku bukan katagori lawa + cantik pun.. aku ni masuk dalam golongan yang teraniaya tau (kurang cantik)... 
"kita tak sempurna, kenapa nak harapkan dia menjadi sempurna untuk kita? tapi saling lengkap melengkapi tu yang akan membuatkan kita sempurna"  
dan aku nak ulang ayat pak cik mad "kita akan merasa sempurna bila kita menghargai 'kesempurnaa' seseorang"   

p/s : thanks semua. weekend ni aku tak bekerja, insyaAllah aku singgah semua rumah korang ye sebelum abis raya ni =)

13 Sep 2012

Lahir dari hati

Assalamualaikum..

hari ni tak leh nak cakap banyak.. =) tekak sakit sikit la...



Benarlah katamu.. cinta penuh pura, tetapi tidak pada diri ini..

Selamat bekerja semua =)

11 Sep 2012

Apakah salah ku..

Assalamualaikum,

semalam sangat-sangat ceria tapi keceriaan tu dah dicantas oleh .........
aku mahu pergi, sungguh kalau itu yang anda mahu, aku mahu pergi.. 
tapi sebelum tu, izinkan ku mencari something yang aku hilang kat sini..
~mata celik, tapi aku tak mampu melihat. hanya mampu menangis dalam kesamaran cahaya~

thanks banyak-banyak kepada semua yang sudi support aku yang serba naif ni..
thank u so much guys.. 

insyaAllah, kalau aku diberi kekuatan, 
~i'm here~

if not
~i'm leaving~


perjalanan ku terhenti.......... ku tinggalkan impian,

10 Sep 2012

Perjalanan ku terhenti

Assalamualaikum...


I have nothing to say... 


Betapa aku lemah di sini.............


di sini bermulanya bicara.............






Ku teruskan perjalanan..........


Ku tinggalkan impian..............


Perjalanan ku terhenti.................
(i'm so sorry)


Bye,




9 Sep 2012

Seakan ada keTAKUTan yang menjalar

Assalamualaikum,

Hai semua.. aku tak tahu kenapa aku perlu menulis tentang ni. tapi sungguh, terasa ada satu perasaan asing yang aku tak berapa suka yang bermain dalam kepala aku ni.. aku rasa takut. sangat-sangat takut....
aku ni kalau bab-bab psikologi memang sangat-sangat lemah. serius aku cakap. siapa yang kenal aku je tau aku ni camne.. kalau bab kerja aku akui aku memang handal. walaupun aku bukan senior kat ofis tu, aku selalu dijadikan pakar rujuk. maybe teknikal knowledge aku agak kuat.. mungkin jugak sebab aku ni jenis alert,  then apa yang aku tak tahu aku pasti akan tanya. sampai bos tau & nasib baik beliau tak pernah kisah bila aku ni selalu bertanya benda baru yang aku nampak. syukur sebab Allah beri aku kekuatan tu..

yang ni aku berani curik kat google
okey, okey, ni bukan entri memuji diri sendiri ye.. aku cuma nak cakap yang disebalik semua tu, aku ada banyak kelemahan lain. kelemahan yang rasanya tak boleh diterima orang lain.. lemah dari psikologi.. aku tak berani nak mencuba, aku takut. takut sangat-sangat..benda yang menjadi rutin memang la aku okey, tapi bila kena buat benda lain, yang aku jarang-jarang or tak biasa buat alahai, aku sangat la takut nak ambil risiko.. first yang aku tak suka aku kena g training kat HQ kat Shah Alam lagi 2minggu. ish, benci betul! aku tak suka la. bos cakap sorang-sorang kena wajib attend training ni sebab ada system baru. menyampah betul =(  memang la Shah Alam tu bukannya jauh pun, tapi aku ni kan orang kampung. (ada kena mengena ke Shah Alam dengan orang kampung eh??) confius kejap dehh hehe

Second, aku tak tahu apa yang patut aku buat. okey, aku tau aku bukan siapa-siapa kat sini. takde orang pernah kisah pun aku ada ke takde kan. tu semua takpe. aku sendiri pun okey je. sebab niat aku disini hanya sekadar berkongsi cerita, punya kawan-kawan. tak ramai pun takpe. Sungguh, blog ni lahir atas dasar memang aku suka menulis. mungkin anugerah tuhan beri kat aku untuk menulis kerana walaupun aku kidal aku tak reti melukis, aku tak reti menyanyi malah aku tidak punya seni kreatif. (teringat bagaimana bodohnya aku nak belajar technical drawing & autocad dulu) tapi tanyalah tentang engine insyaAllah aku bisa menjawabnya (poyo betul aku ni).. bukan, bukan ini cerita aku nak cakap.. sambung balik yang tadi. cuma kadang-kadang aku merasakan betul ke aku berada kat sini? layak ke aku berada kat sini? rasa kerdil sangat diri ni berada kat sini sebab semua benda aku tak reti, tak reti nak belajar. kalau kat ofis aku ada bos, boleh la aku tanya semua benda. kat sini aku ada korang je.. tapi aku takut nak tanya lebih-lebih. nanti orang marah, orang tak suka.. dan sekarang aku takut, aku takut, aku takut kalau akhirnya apa yang ada ni hilang ..

korang semua, boleh tolong bantu aku untuk hilang rasa takut tu? boleh bantu aku untuk aku rasa bernyawa dekat sini? 
~sebab bila aku rasa aku dah tak kuat, maybe aku terpaksa melangkah pergi.. 

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

Assalamualaikum...

miss Z berceloteh


Lama rasanye tak join segmen.. 
nak join lagi segmen Miss Z part 3 ni pulak.. boleh tambah kenalan lagi =)
maaf ye miss z, last minit punya penyertaan.. Jom ramai-ramai kita join. 
Segmen tamat 10 September 2012, jam 2petang


Okey, 

baby anak jati Perak, 
Follower 845

Thank You..

8 Sep 2012

Coklat Daim

Assalamualaikum... 

Selamat berhujung minggu semua. apa khabar, ada baikkk? =) harap semuanya sihat sejahtera senantiasa okey. tadi balik kerja half day, rehat-rehat jap sambil layan my favourite tv series.. apa lagi cite Hawaii 5-0 la, season 2 punya yang dah abis download dulu. maraton 3episod tengok. tak kisah walaupun dok ulang 20kali pun aku takkan pernah jemu. aku setia pada yang satu maaa.. my Mc Garrett.. 
Hawaii5O-070610-0002.jpg
Mc garrett with his buddy Danno
bergebu-gebu hati aku ni bila tengok hero hensem ni. adik pempuan aku selalu kutuk aku sebab minat kat mamat tua tu katanya.  alaa, baru 36 je pun. tak la tua bangka sangat okey. ahh, tak kisahlah tua-tua pun janji hati aku suka. kan, kan... aku masih setia.... :) teringat pulak bila aku menulis entri tentang kesetian ni kan tempuh hari <sukarnya bila setia pada yang satu ni>
Okey, okey aku bukan nak cerita pasal buah hati aku tu. sebab nanti aku takut korang pun sama terjatuh cinta. kang tak pasal-pasal kita bergaduh tarik-tarik rambut pulak kang. hehehe..

Korang tau coklat Daim? suka makan daim? daim tau, bukan zaim.. kalau zaim tu aku tak kenal la pulak. tapi kalau YB Zaim aku tau la sebab dia tu Adun kawasan Belanja dekat Bota ni.. tadi tergerak hati nak bukak almari kaca yang ada kat rumah ni. eh,eh terjumpa pulak coklat daim ni. banyak pulak tu. pandai depa menyorok eh. adik-adik aku punya kerja la ni gamaknya. hari tu balik raya Langkawi mak beli. daim ada lagi 5 bungkus. apa lagi aku bukak makan la sambil tengok muvie ni =) 

tadaaa.. daim
kisses & toblerone pun ada
ni antara favourite aku gak
yang tersimpan dalam almari
sedia untuk dimakan =)
Sebenarnya aku baru je kenal dengan coklat daim ni dalam 3-4tahun lepas. padahal dulu selalu je balik & shopping kat Langkawi tu. adik aku yang beria-ria nak beli pastu soh kakak dia yang comel ni bayar. then dah makan, suka pulak... pastu tiap kali balik sana tak cari coklat lain dah. grap daim jelah. lain-lain tu amik sikit je.. Jom kita makan daim =)
nanti kalau aku balik langkawi lagi, sape-sape nak leh je kirim kat aku ye.. 


p/s : yang aku minat kat atas tu hanyalah dalam tv ye. suka sebab lakonan tv dia sangat best. sangat-sangat impressed dengan watak si dia.. jangan risau okey, aku masih tau nak membezakan islam dengan bukan islam. Thanks :)