Setia Hujung Nyawa



Assalamualaikum..

Hai semua, semoga semuanya selamat & sentiasa setia di sisi.. Setia Hujung Nyawa, siapa ada tengok slot Akasia TV3 jam 7ptg yang bermula semalam? Haa, aku adalah salah seorang penontonnya.. Okey, cerita ni adalah adaptasi dari sebuah novel hasil tulisan Fatin Nabila keluaran Alaf21.. Dari segi jalan cerita dalam novel ni memang agak menarik. Aku dah pernah baca dulu dan tak sabar nak menanti babak-babak seterusnya dalam drama kat tv ni..


Okey, kat sini ada kepilkan sinopsis yang tercatat kat belakang novel tu :


Novel Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu untuk menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencntainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga hujung nyawa..

pelakon-pelakon drama ni (google image)

Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain merupakan teraju utama dalam Drama Setia Hujung Nyawa ni.. Semalam tengok episod 1 dan result dia.... nak tengok lagi.. Hehehehe, 

Hakikatnya Novel Setia Hujung Nyawa ni Best! Drama dia..erm belum tahu lagi, kena lah tengok sampai habis dulu.. Selalunya terbitan Suhan Movies ni tak pernah mengecewakan :)

Selamat menonton & moga terhibur


21 comments:

Cik Adieb said...

Alahhh, nak tengok gak!

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Byk drama diadaptasi drpd novel.

afifudinsohaini said...

jom join segmen ni...
jangan risau takde syrat pon..
cuma letak entry terbaik tahun 2012 ni je...
http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html
terma kasih..

Iffah Afeefah said...

novel ni best

cite die cm mls je nk tgk

miz ruha said...

macam best aje cerita ni... terpikat pula nak tengok...
try tengok esoklah... ^_^

Hanif Idrus said...

Sekarang banyak novel difilemkannn..

Syazana Zainn said...

baru tgk td, so far ok la drama ni :)

just mebi muka baru kan, so kene amek feel dulu la sbb lakonan mcm kaku sikit.. :D

Yana Sakura said...

owg kata best cite neh..tp npe erk cite novel mst cmni..kbykn mst kna jd pak sggup or mak sggup?? err..hihi :)

SM said...

Novel tak baca lagi ,tapi kat tb dan usya, hehe xD

Jay Ar said...

Banyak novel diadaptasi ke film, tak pernah pula tengok film yg diadaptasi ke novel...

Hatimi Tahirruddin said...

erkk...ada jugak perasan citer ni td...tapi biasa lah...hati ai ni keras...tak minat citer2 camni...

Farah Waheda Wahid said...

menarik nih...novel ni pown belum pernah baca lagi...nak kena carik jugak novel nih... ^_^

salam kenal dear, singgah sini balas kunjungan, jenguk-jenguk kawasan dan follow awak... ^_^

Hazmin said...

Dah tak rajin dah tengok drama sekrang ni.. Tak tahu dah drama apa yang ada.

Wan Afzan said...

best ke? klu best nak gak tengok..

diana said...

pelakon nya macam tak kenal je..heheh

Dikbi Kamaruddin said...

x boleh tgk...tv dah rosak...huhu

Rara Nasiha said...

semalam tengok, tapi harini punya episod lupa nak tgk. sobsss

Si Matatajam said...

Dah jadi trend kan skang ni..filem @ drama yg diadaptasi dr novel

hainom OKje said...

Tak tengok pun.... malas nk layan cite episode...

TiranaAduka said...

nice info.tq.

potia casadelarossa said...

macam best jek citer ni... tapi ttak de masa nak tgk TV

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
.Blog Edited By SilenceBlogz | Blog Owner BabyAimaComel | Proudly Powered By Blogger.com