Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Oct 2012

Tips Penjagaan Tayar Kereta -Alignment & Balancing

Assalamualaikum...

Dan lama tak menulis tentang penjagaan kereta kan.. Okey, hari ni kita sambung lagi cerita tentang kereta. Kali ni tentang Tips Penjagaan Tayar Kereta pulak.

Seperti yang semua tahu, tayar adalah perkara terpenting bila sesuatu kereta bergerak. Kalau tak ada tayar tak tahu lah camne gayanya kan.. Bagaimana kita nak maintain supaya tayar tu sentiasa sihat & boleh berbakti untuk kita selalu??
Kat bawah ni ada disenaraikan beberapa keperluan atau tips penjagaan tayar. Nampak je remeh, tapi semua ni penting tau.

nampak tak keadaan tayar ni?? 

Firstly, kena la selalu periksa tekanan angin (tyre pressure). Pastikan angin untuk keempat-empat tayar tu balance dan ikut spesifikasi yang betul.. Kalau angin terlebih atau angin terkurang pun akan beri kesan kepada tayar. Tayar anda tentu akan makan.. Sekurang-kurangnya periksalah angin tayar setiap seminggu sekali.
~kalau tayar makan di bahagian tengah bermakna tekanan tayar terlalu tinggi.
~kalau bahagian tepi tayar makan lebih banyak berkemungkinan angin tayar terlalu kurang atau tak sekata. ~Fuel consumption (penggunaan minyak petrol) pun akan jadi tinggi kalau angin tayar kurang -enjin akan jadi berat la.

Buatlah pusingan tayar -alignment & balancing (tyre rotation-alignment & balancing) untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar, kita boleh maintain supaya tayar tu makan sama rata depan & belakang. Dengan cara ni tayar kereta kita akan bertahan lebih lama. Okey, mesti ada yang tanya apa itu tyre rotation?? Tyre rotation tu maksudnya kita tukar-tukar kedudukan tayar. Tayar yang berada kat depan kita bawa ke belakang. yang belakang pulak ditukar ke depan. ada juga yang buat pusingan secara (X) maksudnya bersilang.. pun boleh jugak cara tu.

Berkenaan alignment, ada orang cakap "elok je, tak lari pun buat apa nak buat alignment?" okey, pada saya tak ada masalah pun kalau tak nak buat alignment. tapi jangan la terkejut nanti tau-tau je tayar kereta korang dah makan. tak kisah la dia makan dalam, luar atau makan tinggi rendah (uneven). Faktor jalan memainkan peranan. jalan yang kita lalui tak semestinya elok je kan. kadang-kadang kita langgar lubang, benda-benda macamni la yang akan effect alignment. mungkin akan effect pada camber & caster jugak.

-macamne nak tau alignment kereta korang lari ke tak. mudah je.. try drive kat jalan yang lurus yang permukaan dia sekata. then cuba lepas steering. tengok kereta korang ada tarik sebelah tak. kalau belum pun satu tiang letrik tu dah pulling one side (tarik sebelah) maksudnya alignment dah lari la. tapi kalau selepas 3 tiang baru dia nak senget maksudnya oklah.. kalau dah lari apa yang patut kita buat?? Kejar la apa lagi.. hehehe, taklah.. kena la buat alignment tayar maksudnya..

Korang pernah ada pengalaman steering gegar masa driving espcially masa high speed (maybe 100kph keatas). Haaa, kalau jadi camtu berkemungkinan besar balancing punya hal la.. jadi, perlulah melakukan balancing tayar atau bahasa melayunya timbang tayar. Penting jugak balancing tayar ni tau. Agak-agak korang selesa ke kalau tengah pandu laju tapi steering gegar semacam je??

Okey, satu lagi tentang tayar.. pastikan tayar yang berkeadaan baik berada di hadapan. kalau boleh elakkan tayar yang ditampal (bocor, pancit dan sebagainya) berada di hadapan.. sangat bahaya jika tayar yang bermasalah samada dari segi bunga (haus) atau tayar yang ditampal berada di hadapan. Ini kerana tayar depan la yang akan memacu kenderaan anda.. Sangat bahaya kalau terjadinya sesuatu yang tidak diduga seperti tayar meletup, bocor, pancit. semua ni boleh mengundang bahaya terutama ketika kenderaan sedang dipandu laju.. risiko kemalangan & kecboleh dikurangkan jika tayar tersebut berada di belakang..

tayar pancit..

Banyak lagi kalau nak dicerita pasal tayar ni, tapi rasanya dah terlalu panjang entri kali ni.. insyaAllah akan datang akan bercerita lagi tentang tips-tips lain berkenaan kereta..

~Entri ini terhasil berdasarkan pengalaman & pengetahuan yang ada. Sekadar nak berkongsi ilmu yang ada.. mohon beri teguran kalau ada dari maklumat & info kat atas ni yang salah atau tidak tepat.
Semoga kita sentiasa beringat selalu.. Selamat sampai ke destinasi yang ditujui..
Terima kasih..

21 comments:

  1. nanti citer la pula pasal chamber dan caster, timing belt sekali..

    pasal tyr ni ada jenisnya juga, mengikut keadaan cuaca di sesebuah negara, ada gred dia.

    Memang banyak nak citer pasal tayar kan babycomel? dengan test bunga tayar lagi..

    nk jg awak ceritakan semua tu, rasa lain bila seorang perempuan yg explain pasal kereta..

    apa2 pun nice info..

    ReplyDelete
  2. kalo tayar botak sebelah acano uh leh jadi ??huhu

    ReplyDelete
  3. @azstory InsyaAllah nanti akan buat entri pasal tu. tp xbanyak tau pun, sikit2 je. dlm proses belajar lg. Thanks

    ReplyDelete
  4. @FITRAH JAMIL camne leh jadi botak sebelah je tu? takkan tiba2 je botak. byk sebab tu leh jadi gitu

    ReplyDelete
  5. selalu dengar apa yg baby comel katakan tu dpd hubby he...he...

    ReplyDelete
  6. terbaik lah anak abah..mohon cek tayar spare kereta sorong abah sat :p

    ReplyDelete
  7. tahu jugalah sikit2 pasal alignment tu.. abg selalu cerita...

    ReplyDelete
  8. tayar elemen paling penting kena tahu dan jaga
    ia menentukan keselamatan pemanduan tuh

    kagum dgn baby sbb byk tahu pasal automotif.. heheh

    ReplyDelete
  9. paling x penah buat dan tak reti.. isi angin lam tayar... nikan pulak nak tukar tayar?? aku rasa aam jugak le yg akan dipanggil :P

    ReplyDelete
  10. periksa tekanan angin tu memang sangat penting...klu angin antara tayar x balance boleh menjejas kualiti pemanduan...

    tips yg berguna utk ayie.. :)

    ReplyDelete
  11. salah satu perara penting pada kereta ialah tayar.. jadi apa2 pada tayar, boleh menyebabkan kemalangan jiwa.. jadi memang kena sentiasa ikuti perkembangan tayar..

    ReplyDelete
  12. huhuhmat rempit macam sy pun kena tengok tayar motor selalu!
    hehe

    follow sini!

    ReplyDelete
  13. bagusnya baby comel. expert bab kete! jaa gheti drive jer...hahahaaa

    ReplyDelete
  14. thanx utk pekongsian ni,,selama ni tau naik jek,hahaha nnt lau dh rosak abah yg g betolkan,

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum baby....menarik info ini...;)

    ReplyDelete
  16. selalunya.. pasal tayar ni suami yang uruskan. kak mia tinggal bawak je... hehehe

    ReplyDelete
  17. cam oner blop ni lelaki je.ekeke jgn marah cuma teka je.bdsarkan apa yg di entry diatas.hahahaha.

    ReplyDelete
  18. average orang kedai tayar charge alignment balancing berapa RM ek??
    pernah hantar buat alignment balancing kt 3 kedai..kedai 1 charge RM5 satu tayar alignment saja kalau balancing tambah RM5 so jadi satu tayar RM10..kedai 2 dia charge RM15 alignment balancing sekali untuk sepasang tayar..kedai 3 dia charge RM25 alignment balancing empat-empat biji tayar..diorg ni saja kenakan saya sbb saya perempuan ke?? atau mmg rate mcm tu??

    ReplyDelete
  19. nice sharing! pemandu wanita selalunya mmg x reti bab2 ni. termasuklah saya ni. selalu yg wat servis kereta pun, incik hubby. hehehe

    ReplyDelete
  20. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    Terima kasih tuan tanah.

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih