Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

19 Jun 2012

Dia tu Islam ke??

Assalamualaikum.. 

pertama-tamanya baby nak mintak maaf kalau tajuk entri ni mungkin ada yang tidak suka or tidak setuju.. 
yelah, siapa kita nak mempertikaikan keislaman seseorang kan.. 
cumanya, kat sini baby hanya nak berkongsi rasa sebabnya baby sedikit sebanyak berada dalam dilema bila mana soalan itu ditujukan kepada diriku ini.. 

ceritanya begini, owh sebelum tu baby mintak maaf sebab sejujurnya baby tak pernah terniat or terlintas kat hati ni nak memburukkan sesiapa. sungguh, diriku juga bukan sempurna, bukan jugak baik.
alkisahnya, setiap hari terpaksa berhadapan dengan ramai orang, my customer.. ada orang boleh terima, ada orang mybe tak dapat nak terima.. 

Semua kita tahu menutup aurat tu kan wajib, tapi kenapa masih kita nak ingkar ye? errr, mesti korang pening kan apa la yang aku nak sampaikan kat sini kan.. apa yang korang nak cakap bila... bila seorang perempuan melayu or pendek kata perempuan islam tanpa segan silu mendedahkan auratnya. atas bukak, bawah pun bukak.. (pakai skirt pendek atas peha, baju atas tak mau butang elok-elok)..
Ya Allah, aku sebagai perempuan yang tengok pun rasa malu tau, ni kan pulak mata-mata buaya yang melihatnya.  
yang jadi masalah pada aku bila semua orang yang datang akan bertanya kat aku yang comel ni (ahha, sempat lagi berangan ;) 
dia tu melayu ke? dia tu melayu ke? owh, kalau 1-2 orang bertanya tu aku okey lah lagi kan.. ni dalam satu hari hampir 3-4 orang bertanya benda yang sama. apa aku nak jawab lagi.. benci tau bila buat aku susah hati camni ;( 
 lagi aku terasa bila ada satu customer ni tanya aku ; awak ni melayu kan? aku dengan bodohnya jawablah 'haah, melayu saya pakai tudung' siap angkat sikit tudung tu tunjuk kat dia.. then keluar soalan cepumas dia lagi 'dia tu islam ke?'  pulak dah, ade ke patut tanya aku soalan camtu.. errrrrrrrr.. islam.. 


kesimpulannya apa eh?? aku susah hati ni... apa patut aku buat ni?

alamak, panjangnye entri kali ni.. sorrrry,

20 comments:

  1. sume tu kerja Tuhan.. Kalau orang tu xnk tutup aurat, tegur la dia dgn 3 cara.. last sekali berdoa je utk dia... tapi yang patut kte perbetulkan, orang yang pakai tudung tapi mendedahkan aurat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, cuma terasa sgt bila tuan punya badan sendiri tak kisah pun walaupun org sekeliling bercakap tentang dia.. tu yg susah hati sgt tu ;(

      Delete
  2. just pendapat tau... jgn ambil serius kalau tak betul... berilmu tu kurang, apatah lagi alim... jau sekali

    ReplyDelete
  3. Islam hanya pada nama je diorang tu.. just berdoa agar diorang dapat hidayah

    ReplyDelete
  4. Kan?Kadang-kadang kita konfius bila tengok sesetengah orang.Majoriti sekarang Islam pada nama. And mostly certain orang selalu cakap:"Yang bertudung tak semestinya baik.".Semoga dieorang mendapat hidayah.:)

    p/s:baby.maaflah.banyak pulak membebel:|

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh, bertudung tak semestinya baik.. tapi sama2 la kita kearah kebaikan tu kan..

      Delete
  5. Sebenarnya boleh gak kata dia bukan Islam jika kita bersandar kepada definisi Islam sebenarnya iaitu "menundukkan diri secara sepenuhnya kepada Allah Azzawajalla, undang-undang & peraturan-Nya, serta sistem hidup yang lengkap yang diturunkan oleh-Nya". Tapi kita dah dibiasakan dengan Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu jadi jawapan bersandarkan definisi tadi tidak relevan dah. Huhu..

    ReplyDelete
  6. kalau dah orang tanya macam tu serba salah jugakkan.kalau berani tegurlah dia..ada org mmg berani tegur terus secara berdepan..tp kalau saya pun tak sampai nak tegur orang tu rasanya terutama kalau xkenal.

    ReplyDelete
  7. ada org sedar cepat ..adakalanya seru tu sampai lambat, benda dah wajib tak perlu tuggu tu semua..yg penting apa ada dlm diri masing2, kalu nak ulas siapa dan kenapa dia macam tu..susahlah..bole gado plak nanti, hanya doakan saja semoga kawan2 kita khususnya kaum mulimat terbuka pintu hati untuk berubah kpd kebaikan dan buka mata lihat kebaikan atas perubahan penampilan sesorang tu yg menjurus ke arah Islam.

    ReplyDelete
  8. selalu gak hadapi situasi camgini.. kekadang kita pompuan yg nengok pun sampai nak terjojol biji mata, depa ni dok selamba aje. rasanye depa bangga kot dan suka menarik perhatian org... nak wat camne... itu yg ramai no org kena rogol .. tertib pakaian tidak di jaga ...

    ReplyDelete
  9. macam2 hal lah... slam kenal n dah follow u ye 422

    ReplyDelete
  10. alahhhh cajap je.. melayu celop..hihi

    ReplyDelete
  11. manusia akhir zaman.. pepaham je la.. :D

    ReplyDelete
  12. macam-macam dunia sekarang ni..
    zaman sekarang ni Melayu x semestinya islam.
    kan?

    ReplyDelete
  13. hmm mmg susah lagi menyusahkan kalo dah mmg tak reti maluu

    ReplyDelete
  14. orang perempuan sekarang dah tak segan silu tayang aurat mereka

    ReplyDelete
  15. klu ade orang tanye die islam ke x jawabnya islam tapy xmengamalkan ajaran islam ^-^

    ReplyDelete
  16. maera pun sampai sekarang rase konpius, nape manusia tak ikut perintah Allah..padahal beragama ISLAM, tahu hukum hakam..but yet refuse to obey the rules. tapi, Allah kan maha pengampun dan maha mengetahui..moga kita sentiasa diberi nur hidayah serta petunjuk dlm melaksanakan tanggungjwb sbgai seorang hamba Allah.amin..

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih